Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang api dan kebakaran .
Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan memberikan tips menyelamatkan diri ketika kebakaran .
Kes kebakaran di rumah mahupun pejabat kerap berlaku di Malaysia . Antara faktor kebakaran berlagu di negara kita adalah disebabkan kecuaian sendiri , perbuatan khianat , faktor cuaca seperti terlalu panas mahupun dipanah petir . Kematian boleh dielakkan jika tahu apa yang perlu dilakukan apabila menhadapi detik cemas.
Antara penyebab kematian ketika kebakaran ;
1:Terperangkap di dalam bangunan yang terbakar
2: Sesak nafas akibat asap toksik
3: Sesak nafas akibat asap toksik
4: Dihempap objek berat di dalam rumah terbakar
TIPS PERTAMA : BERTENANG
Bertenang adalah perkara asas yang paling penting apabila berhadapan di dalam situasi cemas seperti kebakaran . Memang tidak mudah untuk bertenang ketika situasi cemas tetapi jika anda panik , anda akan lebih mudah melalukan kesilapan kerana anda tidak dapat berfikir dengan baik.
Selain itu , tahukan anda sekiranya anda panik , jantung anda akan berdehup lebih keras dan menyedut lebin banyak toksik.
TIPS KEDUA: BERKUMPUL
Jika terdapat ahli keluarga di dalam bangunan yang terbakar , cuba berkumpul di tempat yang lebih selamat. Tujuan berkumpul adalah memastikan tiada siapa yang hilang dan menyukarkan proses menyelamatkan diri.
TIPS KETIGA: SELAMATKAN DIRI
Cuba untuk selamatkan diri dengan pantas dan yakin anda boleh menyelamatkan diri anda . Pastikan laluan untku menyelamatkan diri anda . Hanya anda yang lebih mahir bagaimana untuk selmatkan diri anda kerana anda berapda di rumah sendiri . Segera hubungi pihak penyelamat seperti bomba setelah anda berjaya selamatkan diri.
TIPS KEEMPAT: MENELEFON PIHAK PENYELAMAT
Anda perlu segera menhubungi pihak bomba di talian 911 sekiranya anda tidak dapat menyelamatkan diri dan keluarga . Ini amatlah penting kerana jika anda tidak menhubungi pihak bomba , terdapat kemungkinan api tidak dapat dipadamkan jika ia merebak .
Pihak bomba akan mengambil masa untuk sampai ke lokasi kebakaran . Oleh itu , amat penting untuk menhubungi mereka terlebih dahulu sebelum apa apa berlaku.
Pihak bomba akan mengambil masa untuk sampai ke lokasi kebakaran . Oleh itu , amat penting untuk menhubungi mereka terlebih dahulu sebelum apa apa berlaku.
TIPS KELIMA: MERANGKAK DI LANTAI
Asap toksik yang terhasil daripada kebakaran akan berkumpul di bahagian atas iaitu di syiling . Untuk mengelakkan daripada terhidu asap berbahaya . Anda perlu merangkak di atas lantai dan cuba dapatkan kain atau tuala basah untuk menutup mulut dan hidung anda.
TIPS KEENAM : PADAMKAN API PADA BADAN JIKA ANDA
Jika pakaian anda pakai terbakar , anda perlu bertindak segera . Jika terlambat , api tersebut akan membakar anda dan boleh sebabkan kematian . Anda JANGAN PANIK . Jika anda sedang bergerak berhenti serta merta , jatuhkan badan anda ke atas lantai dan gulingkan badan anda. Dengan cara ini , api tersebut akan terpadam lebih cepat.
TIPS KETUJUH: TARIK PERHATIAN ORANG / AHLI BOMBA DI LUAR
Jika kebakaran terlalu besar dan anda tidak dapat menloloskan diri daripada kebakaran , cuba untuk berada di tingkap yang berdekatan supaya mereka di luar boleh melihat anda. Buang segala bahan yang mudah terbakar seperti langsir .
TIPS KELAPAN : JANGAN KEMBALI KE TEMPAT KEBAKARAN
Apabila anda telah berjaya menyelamatkan diri , jangan sesekali cuba untuk masuk kembali ke dalam rumah yang sedang terbakar . Ianya akan membahayakan nyawa anda . Serahkan tugas menyelamatkan kepada mereka yang bertauliah dan berpengalaman .
Setiap rumah WAJIB mempuiyai sekurangnya satu pemadam api . Pemadam api adalah penting sekiranya berlaku kebakaran . Anda ingin memiliki pemadam api tetapi terdapat keraguan untuk memilih pemadam api yang mana bersesuaian dengan anda ? Jangan khuatir kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor sedia membantu .
Hubungi kami di talian 0176470100 atau 0193149764
Masma Fire Engineering pembekal dan servis pemadam api di Banting Selangor dan kawasan sekitar.
No comments:
Post a Comment