Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang api dan kebakaran .
Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menceritakan tentang persedian menghadapi kebakaran.
Mengikuti latihan kebakaran
Setiap bangunan mempuiyai pelan kebakaran . Anda wajib mempelajari dan mengikuti latihan kebakaran , seolah olah kejadian kebakaran sebenar . Anda digalakan berlatih pelan kebakaran sekurangnya dua kali dalam tempoh masa setahun.
Pintu Kecemasan
Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di dalam bangunan . Ini bagi memastikan anda dapat keluar daripada bangunan walau dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.
Alat Pengesan Kebakaran
Tahukah anda alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan bangunan yang tidak memilikinya.Sistem pancuran basah atau kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda dari dijilat api.
la dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Elakkan dari menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.
Alat Pemadam Api
Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan pemadam kebakaran .
Setiap rumah WAJIB mempuiyai sekurangnya satu pemadam api . Pemadam api adalah penting sekiranya berlaku kebakaran . Anda ingin memiliki pemadam api tetapi terdapat keraguan untuk memilih pemadam api yang mana bersesuaian dengan anda ? Jangan khuatir kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor sedia membantu .
Hubungi kami di talian 0176470100 atau 0193149764
Masma Fire Engineering pembekal dan servis pemadam api di Banting Selangor dan kawasan sekitar.
No comments:
Post a Comment