Thursday, August 6, 2020

Mencegah Kebakaran Di Dapur

Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang api dan kebakaran .

Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan cara cara untuk mencegah kebakaran di dapur .





KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR

  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.

  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.

  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.



KEBERSIHAN DAPUR

  • Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau di atas ruangan aktiviti memasak.

  • Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.

  • Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.



CEGAH KEBAKARAN

  • Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan penutup dengan cermat.

  • Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar pada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.



KESELAMATAN LITAR ELEKTRIK DI DAPUR

  • Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.

  • Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.

  • Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.

  • Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.

  • Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, Putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.

TIPS KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR 


  • Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.

  • Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.

  • Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

        
         Kebakaran minyak

        

        Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :


        Padamkan api dapur.

        Tutup permukaan dengan tudung.

        Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.

        Buka penutup perlahan-lahan.


        Kebakaran Oven atau Ketuhar

        Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :


        Tutup sumber elektrik.

        Ubah ke tempat terbuka / lapang.

        Pastikan pintunya sentiasa tertutup.


Setiap rumah WAJIB mempuiyai sekurangnya satu pemadam api . Pemadam api adalah penting        sekiranya berlaku kebakaran . Anda ingin memiliki pemadam api tetapi terdapat keraguan untuk  memilih pemadam api yang mana bersesuaian dengan anda ? Jangan khuatir kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor sedia membantu .

Hubungi kami di talian 0176470100 atau 0193149764

Masma Fire Engineering pembekal dan servis pemadam api di Banting Selangor dan kawasan sekitar.


     

No comments:

Post a Comment