Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan dan kebakaran.
Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan tentang perkara perkara yang perlu dilakukan selepas berlaku kebakaran.
Sering kita dengar apabila terjadinya sesuatu kebakaran ,kebakaran akan dianggap selesai apabila api telah berjaya dipadamkan.
Tetapi harus diingat , walaupun ia melibatkan kebakaran kecil , namun harta benda kita telah dilindungi insuran tetapi bagaimana nak lakukan tuntutan insurans ?
Tipsnya:
1. Jika berlaku sebarang kebakaran dirumah/kereta dan ia telah dipadamkan, anda hendaklah menghubungi pihak bomba supaya mereka dapat melakukan pemeriksaan dan laporan lengkap kebakaran.
2.Laporan kerosakan yang dikeluarkan oleh pihak Forensik Bomba sahaja boleh digunapakai bagi tujuan TUNTUTAN INSURAN walaupun ia melibatkan kebakaran kecil.
Sekiranya anda tidak mempunyai laporan lengkap daripada ahli forensik BOMBA
Anda akan menghadapi masalah dalam tuntutan tersebut
Sila rujuk sahabat-sahabat anda yang dalam industri insuran. Tanyakan pada mereka tentang selok belok perkara ini.
No comments:
Post a Comment