Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan.
Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan tentang 5 perkara penting tentang alat pemadam api kenderaan
1. 1KG ABC DRY POWDER.
Alat pemadam api bersaiz 1KG ini sangat sesuai untuk diletakkan di dalam kenderaan kerana kebakaran pada kenderaan selalunya senang untuk dikesan sebelum ia menjadi api yang marak.
Alat pemadam api jenis 1KG ABC DRY POWDER ini akan mempunyai masa pelepasan atau dipanggil discharge time selama 6 saat (dari saat pin keselamatan ditarik sehingga gas habis).
2. BAWAH TEMPAT DUDUK PENUMPANG HADAPAN
Pemadam api kenderaan selalunya diletakkan bawah tempat duduk penumpang hadapankerana ia mudah dicapai ketika berlaku sebarang kebakaran pada kenderaan anda.
3. PERLU DISERVIS
Walaupun alat pemadam api itu telah digunakan sedikit, serbuk ABC di dalam alat pemadam api tersebut akan menyebabkan nozel berkarat dan tekanan udara di dalam akan perlahan-lahan keluar.
Anda perlu menghantar alat pemadam api itu untuk diservis apabila pin telah dibuka dan disembur, walaupun cuma sedikit !
Untuk penduduk di kawasan Banting , Selangor dan kawasan sekitarnya , anda boleh memhantar pemadam api kepada kami Masma Fire Engineering Banting Selangor untuk diservis.
4. JANGAN BUANG SETELAH DIGUNAKAN
Untuk pengetahuan anda, alat pemadam api boleh diservis setelah digunakan dan disarankan untuk menservis alat pemadam api tersebut sebanyak sekali setahun mengikut tarikh tamat tempoh sijil efies.
Selain itu, alat pemadam api juga boleh dibuat isian semula ketika servis.
5. TONG ALAT PEMADAM API LUPUT SEHINGGA 10 TAHUN
Adakah anda tahu bahawa alat pemadam api boleh tahan sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, pemeriksaan haruslah dilakukan setiap tahun untuk memastikan tekanannya masih ada dan boleh berfungsi.
Ingin membeli pemadam api untuk kenderaan anda ? Anda telah membuat pilihan yang bijak
Dapatkan pemadam api daripada kami Masma Fire Engineering Banting Selangor
Kami sedia membekal alat pemadam api/ fire extinguisher untuk industri sekitar Banting Selangor.
Kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor menyediakan perkhidmatan yang mesra dan profesional untuk anda.
Hubungi kami 0176470100 atau 0193149764 untuk bantuan atau isi borang di dalam blog ini dan kami akan menhubungi anda dengan segera.
No comments:
Post a Comment