Tuesday, August 18, 2020

Khdimat penyelenggaraan pemadam api sekitar banting selangor

MASMA FIRE ENGINEERING komited memberikan servis penyelenggaraan pemadam api sekitar Banting, sepang, klang dan shah alam Selangor. 

Kami komited memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional. Hubungi kami untuk bantuan dan perundingan secara percuma.. 

Hubungi 0176470100/ 0193149764

google-site-verification: googledf765073410360f3.html


Wednesday, August 12, 2020

Asap Beracun

Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan 

Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan tentang asap beracun


Asap merupakan salah satu punca kebakaran yang disebabkan oleh api . Asap mengandungi gas beracun yang akan membunuh mangsa kebakaran sebelum api mula marak.

Kebanyakkan kes kebakaran yang berlaku adalah disebabkan kebakaran di rumah terutamanya malam hari ketika mangsa sedang tidur.

Jika kita tersedut gas beracun ketika sedang tidur , anda mungkin tidak akan sedarkan diri . Jika anda terjaga dan cuba untuk bangun , terdapat kemungkinan anda akan rebah semula.

4 JENIS GAS BERACUN YANG WUJUD DI RUMAH

Karbon Monoksida ialah gas beracun yang mengurangkan kandungan oksigen di dalam darah. Ia merupakan gas beracun yang terdapat dalam semua jenis kebakaran.

Hidrogen Sinida merupakan gas beracun yang dihasilkan oleh kebakaran nylon, sutera dan beberapa jenis plastik (bahan yang terdapat dalam cadar, kusyen, langsir dan pakaian).

Hidrogen Klorida menyebabkan gatal pada mata dan tekak, meningkatkan kadar pernafasan dan mengaburkan mata semasa cuba menyelamatkan diri.

Karbon Dioksida dalam udara menyebabkan kita bernafas secara cepat dan sekaligus meningkatkan risiko menyedut gas beracun yang terlerai daripada kebakaran.


Disamping itu , mata juga akan menyebabkan mata gatal . Kepulan asap juga mengurangkan kadar ketelusan cahaya dan jarak penglihatan

Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Berlaku Kebakaran

Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan dan kebakaran.

Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan tentang perkara perkara yang perlu dilakukan selepas berlaku kebakaran.


Sering kita dengar apabila terjadinya sesuatu kebakaran ,kebakaran akan dianggap selesai apabila api telah berjaya dipadamkan.

Tetapi harus diingat , walaupun ia melibatkan kebakaran kecil , namun harta benda kita telah dilindungi insuran tetapi bagaimana nak lakukan tuntutan insurans ?

Tipsnya:

1. Jika berlaku sebarang kebakaran dirumah/kereta dan ia telah dipadamkan, anda hendaklah menghubungi  pihak bomba supaya mereka dapat melakukan pemeriksaan dan laporan lengkap kebakaran.


2.Laporan kerosakan yang dikeluarkan oleh pihak Forensik Bomba sahaja boleh digunapakai bagi tujuan TUNTUTAN INSURAN walaupun ia melibatkan kebakaran kecil.


Sekiranya anda tidak mempunyai laporan lengkap daripada ahli forensik BOMBA 
Anda akan menghadapi masalah dalam tuntutan tersebut

Sila rujuk sahabat-sahabat anda yang dalam industri insuran. Tanyakan pada mereka tentang selok belok perkara ini.



5 Perkara Penting Tentang Alat Pemadam Api Kenderaan

Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan.

Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan tentang 5 perkara penting tentang alat pemadam api kenderaan



1. 1KG ABC DRY POWDER.

Alat pemadam api bersaiz 1KG ini sangat sesuai untuk diletakkan di dalam kenderaan kerana kebakaran pada kenderaan selalunya senang untuk dikesan sebelum ia menjadi api yang marak.  

Alat pemadam api jenis 1KG ABC DRY POWDER ini akan mempunyai masa pelepasan atau dipanggil discharge time selama 6 saat (dari saat pin keselamatan ditarik sehingga gas habis).

 2. BAWAH TEMPAT DUDUK PENUMPANG HADAPAN

Pemadam api kenderaan selalunya diletakkan bawah tempat duduk penumpang hadapankerana ia mudah dicapai ketika berlaku sebarang kebakaran pada kenderaan anda.

3. PERLU DISERVIS

Walaupun alat pemadam api itu telah digunakan sedikit, serbuk ABC di dalam alat pemadam api tersebut akan menyebabkan nozel berkarat dan tekanan udara di dalam akan perlahan-lahan keluar. 

Anda perlu menghantar alat pemadam api itu untuk diservis apabila pin telah dibuka dan disembur, walaupun cuma sedikit !

Untuk penduduk di kawasan Banting , Selangor dan kawasan sekitarnya , anda boleh memhantar pemadam api kepada kami Masma Fire Engineering Banting Selangor untuk diservis.

4. JANGAN BUANG SETELAH DIGUNAKAN

Untuk pengetahuan anda, alat pemadam api boleh diservis setelah digunakan dan disarankan untuk menservis alat pemadam api tersebut sebanyak sekali setahun mengikut tarikh tamat tempoh sijil efies. 

Selain itu, alat pemadam api juga boleh dibuat isian semula ketika servis.

5. TONG ALAT PEMADAM API LUPUT SEHINGGA 10 TAHUN

Adakah anda tahu bahawa alat pemadam api boleh tahan sehingga 10 tahun. Walau bagaimanapun, pemeriksaan haruslah dilakukan setiap tahun untuk memastikan tekanannya masih ada dan boleh berfungsi.


Ingin membeli pemadam api untuk kenderaan anda ? Anda telah membuat pilihan yang bijak

Dapatkan pemadam api daripada kami Masma Fire Engineering Banting Selangor

Kami sedia membekal alat pemadam api/ fire extinguisher untuk industri sekitar Banting Selangor. 

Kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor menyediakan perkhidmatan yang mesra dan profesional untuk anda. 

Hubungi kami 0176470100 atau 0193149764 untuk bantuan atau isi borang di dalam blog ini dan kami akan menhubungi anda dengan segera.


999 Talian Kecemasan Anda

 



Apa itu MERS 999 ?

Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) ialah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk menyatukan nombor-nombor kecemasan Malaysia menjadi satu nombor pusat untuk capaian mudah, iaitu 999.

Di bawah arahan dan hala tuju kerajaan, badan-badan kecemasan akan menjalankan tugas teras masing-masing sebagai badan penguatkuasaan keselamatan (Polis), badan pencegahan kebakaran dan penyelamat (Bomba), perkhidmatan perubatan (Hospital), perkhidmatan kemanusiaan (Pertahanan Awam) dan kecemasan di laut (Maritim Malaysia).

Apakah Sebenarnya Sistem 999?

Sistem ini berjalan di bawah satu platform bersama untuk menyediakan proses mengendali panggilan kecemasan secara selaras dan seragam. Ia menyediakan butir-butir terperinci pemanggil untuk penyedia perkhidmatan kecemasan, iaitu pihak Polis, Bomba, Hospital, Pertahanan Awam dan Maritim Malaysia.

Sistem ini dilengkapi komponen-komponen seperti Penghantaran Terbantu Komputer (Computed-aided Dispatch – CAD), Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System – GIS), Pengantara Telefon – Komputer (Computer-telephone Interface – CTI), Perakam Suara serta Sistem Pakar Perubatan.


CARA MEMBUAT PANGGILAN

Telefon talian terus 999


TATACARA PAGGILAN

Pemanggil harus menyatakan dengan jelas kepada petugas di bilik kawalan, perkara-perkara berikut:

Nama dan nombor telefon pemanggil

Jenis kebakaran ataupun kecemasan, keadaan sebenar ketika itu serta alamat atau lokasi tempat kejadian. Bagi memudahkan pihak Bomba, sila nyatakan apa-apa panduan atau mercutanda yang berhampiran dengan tempat kejadian. Sekiranya tempat berkenaan di kawasan pedalaman, sila tunggu di jalan utama untuk memberi panduan.


JANGAN SALAH GUNA TALIAN 999

Setiap panggilan ke Jabatan Bomba dengan menggunakan talian 999 adalah percuma. Namun, jangan menyalahgunakan talian kecemasan 999 kerana ia mengganggu keberkesanan tugas pasukan Bomba serta menjejaskan moral para petugas di bilik kawalan.


Tuesday, August 11, 2020

Keselamatan Kebakaran Di Kolej

Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan dan kebakaran. 

Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan keselamatan kebakaran di kolej .



MEMASAK


Anda hanya boleh memasak di kolej kediaman anda jika dibenarkan sahaja. 

Elakkan daripada menggunakan perkakas elektrik secara berterusan atau membebankan plug elektrik .

Jangan  memasak tanpa diawasi. Jika api bermula dari ketuhar mikro gelombang, pastikan pintu ditutup dan tanggalkan plug dari soket. 

Jangan cuba untuk memindahkan bekas yang terbakar dari ketuhar mikro gelombang.


MEROKOK


Terdapat segelintir pelajar yang merokok, Pelajar yang merokok diminta pergi ke tempat yang dibenarkan untuk merokok.

Gunakan bekas rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.

Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil.

Adalah berbahaya jika anda merokok dalam keadaan mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.


LILIN



Pengendalian lilin yang tidak betul boleh mengakibatkan bencana. Statistik menunjukkan bahawa kebakaran rumah akibat salah mengendalikan lilin kian meningkat.

Lilin hanya boleh dinyalakan jika penggunaannya dibenarkan.

Letakkan lilin jauh dari dinding, langsir, barangan perhiasan dan cecair mudah terbakar.

Letakkan lilin di atas tempat yang stabil dan jangan biarkan ia menyala sampai ke hujungnya.

Jangan biarkan titisan lilin menitis pada bahan mudah bakar.


SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI KEBAKARAN




Bangunan kolej mempunyai pelan pengungsian. Pelajarilah dan cuba turut serta dalam latihan kebakaran, seolah-olah ianya seperti kejadian yang sebenar. Tanda bahaya yang palsu bukanlah satu jenaka, laporkan dengan segera kepada pihak Bomba.

Kenal pasti setiap lokasi pintu keluar di bangunan itu. Ini bagi memastikan diri dapat keluar walaupun dalam keadaan gelap sekiranya berlaku kebakaran.

Alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri anda hampir 50% lebih tinggi berbanding bangunan yang tidak memilikinya. Jangan cuba alihkanbateri daripada pengesan asap.

Sistem pancuran basah / kering dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda anda daripada dijilat api. Ia dapat melindungi kawasan persekitaran dengan memadam dan mengawal kebakaran. Jangan cuba menggantung apa saja barang pada paip pancuran ataupun muncungnya.

Alat pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang kecil. Jangan bermain dengan alat pemadam kebakaran.

Apabila terdengar loceng keselamatan berbunyi, segera beredar. Tutup pintu sebaik sahaja anda meninggalkan tempat itu. 





Jika anda tidak dapat melarikan diri, kembali semula ke bilik anda.

Dapatkan pemadam api daripada kami Masma Fire Engineering Banting Selangor

Kami sedia membekal alat pemadam api/ fire extinguisher untuk industri sekitar Banting Selangor. 

Kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor menyediakan perkhidmatan yang mesra dan profesional untuk anda. 

Hubungi kami 0176470100 atau 0193149764 untuk bantuan atau isi borang di dalam blog ini dan kami akan 

menhubungi anda dengan segera.

Langkah Keselamatan Ketika Kilat Dan Ribut Petir

Kami komited untuk memberikan anda ilmu tentang keselamatan.

Hari ini kami di Masma Fire Engineering Banting Selangor akan menerangkan langkah keselamatan ketika kilat dan ribut petir.


RIBUT PETIR merupakan satu sistem ribut yang dikenali dengan kehadiran kilat dan petir yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus selain hujan atau hujan batu yang lebat. Ribut petir adalah ribut yang paling lazim berlaku di dunia. 

Menurut Encyclopedia Britannaca, purata tenaga yang dihasilkan semasa ribut petir adalah lebih kurang 10 gigawatt/jam, bersamaan dengan kepala peledak nuklear 20 kiloton. Ribut petir dahsyat pula boleh jadi 10 hingga 100 kali lebih kuat.

Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu (9.6km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" (Kilat ke Guruh).

Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu (10 saat = 2 batu, 20 saat = 4 batu, 30 saat = 6 batu). Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat, langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

Hanya 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.


LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN



Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu.

Jangan gunakan telefon, talian rumah / pejabat, gunakan telefon bimbit sekiranya perlu sahaja.

Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.

Elakkan berada di bilik air atau menyentuh paip yang diperbuat daripada besi.


LANGKAH KESELAMATAN 




Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi perangkap kilat (lightning arrester). Jika tiada, cari perlindungan di bangunan dalam kereta, van atau lori dan semua tingkap ditutup rapat. Jika tiada, berlindung di kawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya. Duduk dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga. Jangan berlindung di pondok telefon, pondok bas, bangsal, khemah atau di bawah pokok. Jangan berada di kawasan lapang seperti padang bola atau padang golf dan sebagainya. Jangan berada di kawasan berair seperti tasik, sungai, paya, kolam mandi, taman tema air dan sebagainya. Jangan berada di bawah kabel elektrik. Jangan berada di tempat berhampiran logam seperti pagar, tiang telefon atau tiang elektrik. Apabila berada dalam bot dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda duduk rendah di tengah bot. Jangan letakkan tangan atau kaki anda ke dalam air.